assalamualaikum
lamanye ta update blog .. rindu tahap merana jgakk lah dekat blog ni .. huhu
hari ni , 6november2011 :)) bersamaan 10zulhijah1432M .. semua umat islam kat malaysia ni sambut hari raya . haaa , yang lain nye . setengah orang panggil hari raya korban .. pape pun , maknenye same je ..
gambar lembu yang 'tengah' dikorbankan .
jom baca sikit info tentang HARI RAYA AIDILADHA ni ..
harap2 tak bosan lahh untuk tambah ilmu okeyy :)
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh , sebelas , dua belas, dan tiga belas Zulhijah setiap tahun . Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijah .
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah ALLAH .dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah ALLAH SWT .
Selain itu , salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula selepas Khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah .
itu je lahh , teringat pulak belajar pendidikan islam tingkatan5 , sebab ade tajuk bab ni ..
akhir sekali , tyraa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA bagi seluruh muslimin & muslimat kat muka bumi ni .. moga hari ni lebih baik dari hari sebelum2 nyaa :) nahh tengok ni sekali ..
p/s : meoow2 aku dalam ketakutan dirumah ni .. sebab surau dpan rumah ade 12ekor lembu dikorbankan .. thanks for reading .. visit again dear :)